Sunday, 17 July 2011

Pemulihan

Segala yang dipost di dalam blog ini adalah segala kesaksian hidup saya. Tidak ada mengambil dimana-mana artikel atau kesaksian orang lain. Ini adalah hidup saya yang Tuhan pakai.
Pemulihan itu adalah satu proses pematangan dalam imam. Perlu ada sikap terus percaya bahawa Tuhan tidak pernah meninggalkan dan melampaui dari kemampuan kita. Hari demi hari yang saya lalui menampakkan bahawa   banyak hal yang berlaku saya rasa tertekan sehingga saya hampir menyerah dengan hidup ini. Tapi saya sangat pasti sungguh bahawa Tuhan itu sangat baik. Dia sangat baik. Proses pemulihan imam saya amat menyakitkan. Segala yang terjadi disebabkan saya yang leka dengan dunia, kurang berkomunikasi dengan Tuhan, dan sering kali mengikut kehendak daging yang berdosa. Sehingga Tuhan sendiri yang campur tangan melakukan pemulihan dalam hidup saya.

Saya sangat bangga punya Tuhan yang baik seperti Yesus. PergorbananNya membuat ku menjadi berharga.

No comments:

Post a Comment