Wednesday, 31 August 2011

Mimpi

bila saya terbangun saya berasa tidak selesa, rasa bersalah dan kesal.  seringkali mimpi yang saya alami semasa tidur akan memberi kesan kepada kehidupan pada saat saya bangun. bukan bermaksud hidup saya ditentukan mimpi,itu sama sekali tidak betul. kerana yang memegang hidup saya adalah Tuhan.
sebenarnya apa yang terjadi adalah,disaat saya terbangun dari mimpi, saya akan teringat akan Tuhan. dan ini adalah pertanyaan yang sering menjadi persoalan saya. kenapa saya tidak mampu berkuasa dalam mimpi saya?
kenapa saya tidak dapat berjumpa dengan Tuhan dalam mimpi.? adakah kehidupan rohani saya mempengaruhi mimpi saya.

Ya menyebut tentang kehidupan rohani saya. semenjak cuti semester yang berlangsung, boleh dikatakan bahawa kehidupan saya sangat teruk. tiap kali saya merenung apa yang terjadi saya tahu semuanya berpunca dari keinginan saya sendiri. kadang-kadang saya tidak mampu untuk mengawal tindakan saya untuk melakukan dosa. saya hilang intergriti untuk menolak keinginan dosa. tidak bermaksud saya sudah melupakan Tuhan, tapi kehidupan rohani saya yang jarang untuk bersekutu dengan Tuhan secara peribadi adalah sangat jarang.

what happen to me?  sangat sedih apabila adik-adik yang didalam Kristus memandang tinggi kehidupan saya didalam Tuhan. dan abang kakak, ibu bapa di dalam Kristus juga mengharapkan saya terus maju didalam Tuhan. mereka menjadi saya mentor mereka. tapi sebenarnya saya bukan lah orang yang seperti mereka harapkan.
Bapa ini doa saya.saya percaya walaupun dunia semakin moden, Engkau boleh dimana-mana. dengan hati yang hancur dan berharap pada Mu, dengarlah seruan hatiku. saya tidak mampu untuk diam dan tinggal terus didalam perbuatan dosa kerana saya percaya saya orang benar. kerana saya percaya Engkau sedang membentuk ku untuk menjdai terus matang. Bapa, jangan biarkan saya terjatuh, tetapi beri kekuatan kepada saya saat keinginan untuk bebuat dosa datang. In the Of Jesus I pray.amen.

1 comment:

  1. Pengakuan kita yang sunguh-sunguh di hadapan Bapa sungguh berharga di mata TUhan..walaupun kita sering jatuh dan sering berbuat dosa..namun Tuhan yg kita miliki adalah TUHAN yg tidak pernah jemu untuk menunggu kepulangan kita...TUhan yang tidak pernah meninggalkan kita walau kita sering meninggalkan dia....halleluyah.....Kami bangga ada Tuhan seperti Engkau Yesus....BApa,Engkau terus memberkati saudara kami JUlai...terus guna dia untuk pekerjaanMu di bumi ini.....amen....

    ReplyDelete