Thursday, 8 September 2011

I'm Win

Satu pengertian yang besar yang Tuhan telah berikan kepada saya adalah kemenangan. Dulu makna menang bagi saya adalah, yah kita berada di tempat yang pertama dengan mengalahkan orang lain. Contohnya, acara lumba lari 100 meter. Siapa yang dahulu sampai digarisan penamat, dialah pemenangnya. pengertian saya begitu. Itu tidak salah.Itu benar. Tetapi ada satu pengertian yang lebih besar dalam hidup saya tentang erti kemenangan.

saudara saudari, Tuhan kita adalah Allah pemenang. Tiada terkalahkan walaupun kematian. Anda dapat mengalahkan maut? Tidak!!! Tiba saatnya kita akan mati! Tapi Tuhan telah mengatasi segala kemustahilan kerana Dia Allah pemenang. Berharap pada Dia jika kita mau menang.
Menang dan kejayaan tidak sama ertinya. Kejayaan adalah pencapaian yang terbaik yang dapat mengatasi semua orang. Tempat pertama, menang anugerah, dan segalanya yang mewah. Tidak semestinya kita berjaya kita bahagia, tetapi kita menang kita berjaya dan bahagia. Dapat itu!? TIDAK SEMESTINYA KITA BERJAYA KITA BAHAGIA, TETAPI JIKA KITA MENANG KITA PASTI BAHAGIA DAN BERJAYA.

Ini yang terjadi. Dulu saya membuat pengertian saya mesti menang.Mesti menang.Menang, menang dan menang. Sehingga kasih Tuhan itu dilupakn kerna apa yang saya kejar adalah kejayaan. Saya mau disanjung, dihormati dan ditinggikan. Sehingga saya kecewa, saya kecewa.Tuhan kenapa?/ Saya berusaha, bekerja keras, saya selalu pergi gereja, melayani Engkau, berfellowship dan sebagainya.Why?//\ Kenapa iman saya tidak seperti dia, dapat menyanyi seperti dia, dapat berdoa seperti dia... semuanya seperti dia. Tapi tidak seperti apa yang Tuhan maukan.
Saya sedar itu, dan saya sangat bersyukur kerana percobaan, kegagalan, masalah dan segala yang saya anggap tidak baik itu telah terjadi kepada saya. Saya sedar bahawa, segala sesuatu yang terjadi TUHAN ADA. Hei...Tuhan tidak pernah meninggalkan. Ya banyak kali iman saya jatuh bangun.

Saudara saudari, kesaksian hidup saya sentiasa mau memuliakan Tuhan. Jikalau saat ini, ini juga terjadi kepada anda,ingat TUHAN ADA. sebenarnya kemenangan itu, bukan dari kekuatan kita. dari usaha kita. dan kita tertanya, kenapa ini terjadi. bersyukur kerana Tuhan sedang mengajar orang yang dikasihiNya.

#PEMENANG BUKANLAH MEREKA YANG TIDAK PERNAH GAGAL, TETAPI PEMENANG ADALAH MEREKA YANG TIDAK PERNAH BERHENTI MENCOBA#

Apabila kita bisa berdiri dan bangkit semula dari kekalahan, itulah kemenangan sejati yang kita dapat. kita pasti bahagia dengan itu. kita menang bukan kerna kuat kita, kita menang kerana Allah kita adalah Allah pemenang. hahahhaha yehhhhhhhhhh!!!!! I WIN!!!!!

3 comments:

  1. sy jg slalu jatuh dn bangun, tapi Tuhan Yesus la pemberi kekuatan kpd sy...dn sy ingin trus brharap kpd Tuhan Raja Pemenang kita dn trus brtumbuh!!Tuhan mbrkati semua..^.^

    ReplyDelete
  2. kemenangan terhebat adalah apabila kita bisa mengalahkan dri kita sendiri.

    ReplyDelete
  3. amen...kemenangan sentiasa di pihak kita anak2Nya..sebab Allah yg kita sembah adlh yg PEMENANG....dan kitalah umat PEMENANG..bila kita jatuh,dia siap untuk mengangkat kita..bila kita sedih,Dia siap untuk menghidurkan kita,bila kita dalam pencobaan,Dia siap utk mengeluarkan kita dr pencobaan itu dan bila kita dalam apapun kesusahan Dialah Tuhan yg dtg membantu kita..Dialah sumber KEKUATAN,KEMENANGAN,PENGHARAPAN n PERTOLONGAN..ya benar..KEMENANGAN TERHEBAT adalah apabila kita berjaya menakluki diri kita..

    ReplyDelete