Tuesday, 6 September 2011

Dancer of God

Zaman penyembahan sekarang kebanyakkannya memerlukan dancer untuk mengiringi jemmat memuji dan menyembah Tuhan dalam bidang tarian. Kebanyakan dancer-dancer yang melayan digereja sekarang kebanyakannya adalah golongan pemudi. Pemudi adalah kaum hawa

Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan adalah kaum hawa. Saya tidak tahu dari mana punca dan bagaimana saya boleh menjadi pria yang tidak bertanggungjawab dan jahat. saya tidak tahu apa yang telah terjadi dengan kehidupan rohani saya semenjak 2 3 bulan ini. saya tidak tahu. bagaimana saya boleh menjadi begini. tapi satu hal yang saya sangat percaya,ada Tuhan.
saudara saudari tentu ingin tahu, apa perbuatan jahat dan sikap tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. apa yang saya tulis di blog ini, bukanlah rekaan tetapi ini adalah salah satu kesaksian hidup saya dalam Tuhan.
saya mahu meminta maaf kepada setiap kaum wanita yang membaca blog saya ini. saya telah berlaku tidak hormat kepada anda semua. saya banyak melukakan perasaan wanita-wanita yang disekeliling saya. saya telah berdosa terhadap anda semua dari segi mata, fikiran ,berdusta. perbuatan saya sepertinya seseorang yang tidak mengenal Tuhan.

sampai satu saat,saya pergi kebaktian ahad di sebuah gereja yang saya sering kali saya kunjungi. satu hal yang tidak pernah terjadi dalam hidup saya, saya menangis oleh hadirat Tuhan kerana...ini yang penting sekali saya mahu kongsikan. Air mata berlinangkan mengalir kerana saya melihat seorang wanita yang menari semasa kebaktian. Saya menangis!!! kerana seorang wanita yang menar!!! satu hal yang luarbiasa dan tidak pernah terjadi. semasa wanita itu menari, Tuhan telah berbicara kepada saya...Julai, kamu harus menghormati orang yang diciptakan darimu. Saya tidak tahan, saya malu untuk melihat wanita itu menari. selamani saya tidak menghormati kaum wanita. tarian nya adalah biasa, tetapi wanita itu telah menyentuh sedalam hati saya dengan dosa yang saya lakukan selamani. sungguh luar biasa engkau Tuhan. wanita sungguh berharga bagi saya, dia bukan mahluk ciptaan Tuhan semata-mata untuk melakukan seks, tetapi penolong yang sempurna Tuhan telah ciptakan.

1 comment:

  1. amen...Thanks God...sungguh luas biasa...may God bless u always bro...Ya,mmg benar..sesungguhnya pelayanan kecil,pelayan biasa di mata manusia,tetapi bila dilakukan dengan tujuan hanya untuk memuliakanNya..maka pelayanan yg kecil itu besar dimata Tuhan..tiada pelayanan yg biasa....sungguh diberkati lewat post ni

    ReplyDelete